Renungan



Dari 'Aisyah isteri Nabi s.a.w. katanya :
"Rasulullah s.a.w. pernah di waktu angin kencang bertiup atau ada awan tebal
tampak cemas dimuka beliau dan berjalan ke hilir mudik,tetapi setelah hujan turun beliau gembira kerananya dan hilang cemas beliau.
Kata 'Aisyah : "Sebab itu saya menanyakan kepada beliau.

"Dijawabnya : "Sesungguhnya aku cemas kalau (awan tebal)itu siksaan yang ditimpakan kepada umatku."Setelah melihat hujan, beliau mengucapkan : "Inilah rahmat!"
(Hadis sahih riwayat Muslim)