Saturday, October 15, 2011

Annyeong~

Salam.
This will be the last post of my blog.Take care u all.I'll always gonna miss every minutes that we spent together.May Allah bless you. :)

Wednesday, August 24, 2011

Doa Memohon Kesihatan Diri

Allaahumma ‘aafinii fii badanii, Allaahumma ‘aafinii fi sam’I, Allaahumma ‘aafinii fii bashari. Allaahumma innii ‘auudzubika minal kufri wal faqri. Allaahumma innii ‘auudzubika min ‘azaabil qabri. Laa ilaaha illaa anta.

Ertinya : “Ya Allah,sembuhkanlah badanku. Ya Allah, sembuhkanlah pendengaranku. Ya Allah, sembuhkanlah penglihatanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berllindung kepadaMu dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sisa kubur. Tiada Tuhan selain Engkau”

(H.R. Abu Daud dan Al Hakim)

Ya Allah,
Berikanku kesihatan tubuh badan,
Agar hamba diberikan kesempatan,
Memperbanyakkan ibadah kepadamu.

Ya Allah,
Moga kesakitan yang kau beri ini,
Menjadi penghapus segala dosa-dosaku,
Amin Ya Rabbal A'lamin.

~jangan mengeluh jika diuji Allah :)

Monday, August 22, 2011

Jom pergi masjid!!

Assalamualaikum warahmatullah..

Subhanallah.Itulah kalimah yang terdetik dalam hati ini bila melangkah ke dalam masjid.Tiba2 rasa tenang sangat duduk dalam masjid,i'tikaf di dalamnya.Tapi sayang,tak ramai generasi muda sekarang yang ingin ke masjid,menunaikan solat secara berjemaah.Ada yang kata "ala..takpela.blom terbukak lg la nk g masjid.","emm..nnt la.byk keje lg aku kne wat.g masjid,lambat pulak nnt." dan mungkin macam2 lg alasan yang kita cuba adakan.Pada pandangan saya,susah nak lihat remaja lelaki khususnya suka pergi ke masjid kecuali dalam bulan Ramadhan seperti hari ini.Di universiti,ada la juga yang dengan ikhlas pergi ke masjid/surau untuk melakukan solat jemaah.Tapi jumlahnya agak minoriti berbanding mereka yang solat di bilik/rumah masing2.

Kenapa hal ini terjadi sedemikian?Jika kita lihat di negara timur tengah,ramai remaja2 lelaki di sana sudah menjinakkan diri ke masjid sejak dari kecil lagi.Mereka dididik untuk pergi ke masjid dan melakukan aktiviti yang berfaedah di sana.Di Malaysia pula bagaimana?Mungkin ibu bapa kurang memainkan peranan untuk membawa anak2 mereka ke masjid dan membiasakan diri mereka di sana.Atau,pihak masjid kurang memberikan peluang kepada anak2 ini untuk melibatkan diri dalam aktiviti masjid?Saya tidak menyalahkan sesiapa.Anda fikir dan cuba cari jawapannya.

Pada pendapat saya,saya mencadangkan agar ibu bapa perlu melibatkan anak2 dalam aktiviti yang boleh dilakukan di masjid.Supaya mereka terbiasa dengan keadaan dan suasana di masjid itu sendiri.Ibu bapa juga perlu mengajar anak2 mereka tentang adab2 dan akhlak ketika di dalam masjid supaya mereka menghormati rumah Allah dan juga menghormati tetamu lain yang sedang beribadah di dalamnya.Selain itu,saya juga mencadangkan agar pihak masjid juga mejalankan peranan mereka dengan menyediakan aktiviti yang bermanfaat kpd kanak2,yang boleh menarik minat mereka untuk terlibat sama.Ibu bapa juga perlulah menyokong aktiviti yang sedemikian.Susah juga kalau tiada 'give and take' antara kedua-dua pihak.Jadi,kesimpulannya semua orang memainkan peranan penting dalam hal ini.Anda juga terlibat sama,ya begitu juga saya:) INSYAALLAH

~sgt terharu melihat adik2 yang masih kecil sudah pergi ke masjid untuk solat jemaah sama2.semua comel2.harap suatu hari nanti dpt didik anak sendiri supaya sentiasa ke masjid dan solat bersama2 jemaah lain:)